Daisypath Anniversary tickers

AniQ SufyaN

Lilypie First Birthday tickers

Selasa, Oktober 11, 2011

LAGI! LAGI! COACH!!! :P

Alhamdulillah... bestnya.. rezki Tuhan bagi dgn kebahagian kan... harap kita smua merasai.. dan jgn lupa sentiasa bersyukur... Bersyukurlah apa-apa pun.. bersyukur sbb kita x bergaduh dgn orang, bersyukur kita hidup dgn aman.. dan hari-hari murah rezki sbb Tuhan bagi kesihatan yang baik & mampu bekerja cari rezki.. cari duit.. JANGAN seskali LUPA DIA..Okaey!! InsyaAllah..

okeh bebalik entry sy..huhuuuuu...tajuk yg mmg x bleh blahh.. (sy akui sendiri) >>> MOtif??? jwpnnya adalah sj nak mengada hapdet blog sy okay..~ngeee....

ekceli sy sudah minggu ke-26 daa.. syukur Alhamdulillah Allah..

haisehhh, dlm berbadan 2 ni masih kugila dgn coach.. owhh, tolonglah... tolonglah.. napsu masih menjadi2 lagi ni.. dah cuba untuk mengelak, tapi tak mampu lg.. huhu... harap ini koleksi coach yg terakhir sy... nanti dah ada anak mama x bley nk mengada-ngada lagi... huhuuu.. 
Membebankan kahh?? .. no lah. ekceli nanti mistilah mementingkan kpd Keperluan yang penting utk anak kan... (harap mama mampu bg yg terbaik buatmu syg.. ** hish gerak2 lak die.... kalo boley tium peyut ni nak tium2 da awk bby.. tp x sampe.. >_< 

inilah coach terbaru sy... santikk kan...
(agaknya sy peminat pink kot...) :D


siapa nak tau sy beli kat mana? okeh boley ty.. silakan.. silakan... jgn malu.. anda pun mampu beli..

notakaki: encik b da bishing... tp wat tak tau ja.. hohooooo... tp x derhaka kan??? ermmm... da janji dgn b coach terakhir.. coach terakhir... tp x taulah sy pasti ke tidak...huhuuu :p


ok... daa... bye :))

Isnin, Oktober 03, 2011

KISAh UNGGUL Pengorbanan Ibu -Abang, tunggu mak di syurga yer!

antara permintaan beliau, "Kek Lori Sampah"


Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang ‘buncit’.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

“Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir,” begitulah kata mak pada abah.
Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

“Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!”

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.
Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: “Abang tunggu mak di syurga ya!”

Akhirnya, wajah abang ‘ditutup’. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: “Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?” Itulah soalan mereka.
Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?
Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011 Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah ‘reput’. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011 Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011 Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah ‘kedua’ abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, “InsyaAllah, Abang akan sihat!” Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011 Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, “Abang nak apa harini?”

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, “Mak, Abang nak naik kereta bomba!”
Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, “Balai bomba!”
Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.
Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, “Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk ‘pergi’! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!” Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, “Abang nak apa?”
Abang pun jawab: “Abang nak naik lori sampah!” Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.
“Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?” Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.
Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.
Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011 – Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.
“Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!” Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.
“Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!” Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011 – Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011 – Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.
Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, “Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika.”
Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011 – Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.
Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.
“Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!”
Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.
“Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?” Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

“Abang ngantuk!” Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. “Bang, jom naik. Abang nak ‘tidur’! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.
Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, “Makkk..sakit perut..!”
Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.
“Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!” Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

“Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!” Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

“Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..”
Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas…

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.
Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, “Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang… tunggu mak di sana ya! Di syurga!”

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi ‘kaya’ dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi… mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.

Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan ‘mati’ apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

**tanpa sy sedari…air mata sy menitis laju membasahi pipi ketika ni…ketika sy membaca artikel ini…sy sedang mengandung anak sulong di saat 25 minggu..Ya Allah, Subhanallah Sungguh UNGGUL Pengorbanan ibu ni….kita tak tahu Qada Qadar Tuhan... Semua ini dari Allah... artikel ini benar2 menyentuh perasaan sy sendiri.. Trima kasih kepada suami sy yang share artikel ni kpd sy.. Semoga Kisah ni memberi seribu satu makna dalam kehidupan kita semua.. 

Takziah untuk ahli keluarga Allahyarham adik Iqbal Fahreen Hamdan…semoga roh abang tenang disana…amin

Rabu, Ogos 17, 2011

Di saat Minggu ke 18.... di Bulan Ramadhan :)

Alhamdulillah... hari ini 17 Ramadhan. Berpuasa dengan sronok skali ketika berbadan dua ni hehee.. Di saat ni adalah minggu ke-18 usia kandungan saya... pejam celik, pejam celik cepatnya masa blaloo... hik..hik... sedar2 je, peyut dah mula membesar... suka tau... :D

Sesungguhnya maha Berkuasa Mu Ya Allah, ada Jasad dalam perut ni... seskali die bergerak-gerak tapi tak berapa la aktif sgt.. bagitau abg, "bagus lah anak kita sihat la tu alhamdulillah, itu yang kita nak kan.., tak pe banyak kali gerak2 pun maknanya x moh bg mamanya ngatuk time wat teja.. hehehh... yer lah tu... bukan lapar ke abg... ahakkk..." ekceli, sesuatu keajaiban baru yang berlaku...
harap kebahagiaan itu kekal utk kt syg....kelahiran yang sempurna utk kita **kiss

Mula-mula tak mampu nak berpuasa tau, tapi Alhamdulillah dah ok da.. yang penting cuba elakkan dari muntah. Kekadang bila berkumur utk berwudhuk tu, Ya Allah pd tika nilah loya tu membuak-buak.. Sehingga 5 hari terpaksa sy tinggal puasa.. :( kemdian bgtau mak. dan sarananya adalah cuba lewatkan masa bersahur dan ambil 5-7 biji kurma sebelum minum segelas air suam. skrg alhamdulillah, xderk muntah2 lagi da...

Ok pada usia kandungan skarang, masih lagi tak mampu nak makan ikan. setiap hari menu berbuka sy adalah ayam, daging, ayam, daging. tak pe ke weehh? takut gak kan ada kesan pape pd baby. sudahlah sayur x leh nk telan. tapi saya amik salad dan celur jantung pisang serta ulaman lain & buah agar balance balik serat sy. mungkin sayur tak bley telan sbb ada minyak kot.. hishh geli tgk minyak trapung dalam asam pedas mahupun sayur goreng!!! hishh pelik sungguh!!!

Ramai orang tanya saya ngidam ape.... hahaaaa.... sbnrnya pd awal2 lg blum tau pun masa tu yg sy dah preggy... sangat lah nak makan Buah Pear Hijau Yang Rangup!!! peliknya bila dapat ada warna kuning kelebaman sikit lgsung x nak, lg skali en abg p beli kali ni dapat yg freshh btol2 rangup.. Skali Makan 2 biji Oii, dah la besar sesebiji tu..SEDAP terangkap kening tika gigit... hahaaaa... bila di pikir balik, rupanya awak dah ada bby masa tu sygku bilang en b sy... hik..hik... tettiba nak mkn buah PEAR!!!! Kelassss mengidam aku... :D jom layan cik PEAR rangup ni... au,,,, krap..krap... sedap yoooo...


pic from cik google!!


Jumaat, Julai 08, 2011

Persediaanku... Sebagai Ibu (Part 1)

Salam semua *Smile*

Alhamdulillah Syukur kerana Allah Tuhanku telah mengurniakan nikmat hidup yang sempurna sejak bergelar isteri.. Rezki dan Kebahagian ini semua datang dariMu, Alhamdulilah... Alhamdulillah, aku juga dikurniakan keluarga yang sangat sempurna... Untuk Ibuku.. sesungguhnya anakmu sgt merinduimu.. InsyaAllah sebelum puasa anakanda cuba dapatkan cuti balik kampung yer.. Untuk Ibu mertua, tiba2 rindu mak, mak slalu tanya keadaan La stiap kali telefon abang... untuk pengetahuan mak, La dah tak muntah2 sangat lagi da.. sekarang dah biasa2 dah.. InsyaAllah balik jumpa mak juga... (tiba-tiba sayu hati ni... huhu..)

okey, takderk apa yg nak dikongsi, sekadar ttg persediaan aku untuk menempuhi alam keibuan.. InsyaAllah..
Alhamdulillah, usia kandungan sudah menjangkau 3 bulan.. tetapi masih dalam keadaan 'pening2 lalat' heheh... ketidakbiasaan sebenarnya.. walauapapun, org disayangi sentiasa mendampingi.. so dapatlah meminimumkan rasa2 loya.. my husband suka buat lawak tak kira masa, haha.. so bila ktawa hilang lah 'pening2 lalat' nii...

Jom berbalik pada tajuk Entry sy.. Tahukah anda, sy sekarang sedang mendalami Ilmu Penyusuan Ibu ;) jadi apa2 yang sy tahu dan faham tentang breastfeeding ini, moga2 perkongsian Ilmu ini turut membantu anda juga dalam dunia susu ibu nanti ataupun yang terutama sekali untuk first-time-mom (mcm saya)hehe...

Menyusukan bayi anda sendiri dengan air susu anda sendiri adalah satu keinginan yang FITRAH. Jika anda adalah seorang yang benar-benar menginginkan yang TERBAIK buat darah daging anda, maka inilah jawapannya. kita sendiri pun tahu kan akan khasiat susu ibu ni yang tiada tandingannya sebab ini adalah kurniaan Tuhan yang Semulajadi untuk kaum hawa. jadi, berusahalah mencari ilmu2 penyusuan ini sebanyak yang mungkin sebelum melahirkan anak. Di majalah, Internet, bacalah ilmu ini sebanyak yang mungkin.

Ini lah Persediaan PERTAMA-KELENGKAPAN BRESTFEEDING untuk saya menempuhi alam keibuan nanti...

Pelaburan yang menguntungkan.. Yer, sy sekarang sedang mengumpul "dana" untuk membeli
FEEDING BOTTLE & TEAT, STORAGE BOTTLES, BREAST PUMP, STERILISER, & COOLER BAG. "kumpul dana" bunyinyer mcm mahal kan.. huhu.. kalo dulu dana untuk melaram pada diri sendiri dapat pula beli kasut mahal2, hand bag coach, baju brandet. Tapi keperluan wajib untuk anak knp tidak.. :P InsyaAllah dapat... so Walaupun barang2 keperluan untuk breastfeeding pada mulanya memerlukan kos yg agak mahal, tapi ia adalah sangat berbaloi untuk pelaburan akan datang...sebab tak payah beli susu formula pada setiap bulan & sudah semestinya khasiat yang terjamin...  Antara barang2 yang akan WAJIB saya dapatkan ialah:-
**Peruntukan  lebih kurang RM1500

MEDELA : PP Breastmilk storage bottle 150ml x 3
harga : RM69.00 (yg ni kena beli banyak2)
Philips Avent:PES Feeding Bottle (260ml/9oz) x2
harga : RM68.00


 
MEDELA : Swing Electric Breast pump
 harga : RM700.00

 
Philips Avent : Express Electric Steam Steriliser (3Pin)
harga : RM279.00


 


 



   


  

Stylo Mama Cooler A
harga : RM60.00



Sebenarnya pilihan untuk menyusukan anak dengan susu ibu adalah bergantung pada ibu itu sendiri. Pilihan adalah jelas. Hanya Mahu atau tidak sahaja. okey... next time saya chelita Persedian Breastfeeding untuk ibu yang bekerja seperti saye fulak yer.... ;) kat sini nanti sy akan cerita dari "A sampai Z " pulak tentang
CARA BETUL MENYIMPAN STOK SUSU BADAN, CARA MEMANASKAN SUSU BADAN UNTUK DIBERI PADA BABY, DAN KETAHANAN SUSU ITU SENDIRI JIKA ANAK TIDAK ABEH MINUM :p..

ok daa...

Khamis, Jun 16, 2011

Amalan Ketika Hamil

Petua Memudahkan Bersalin
a) Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh
kehamilan.
b) Hampir bersalin amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus.
c) Amalkan minum air lebihan suami.
d) Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.
e) Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat.
f) Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.
g) Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.
h) Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.
i) Minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.
j) Bagi kulit bayi yang putih/ bersih - amalkan makan buah epal dan minum susu. Selain meminum air soya.

Rabu, Jun 15, 2011

Video kehamilan

Tanda-tanda awal mengandung :)

Sesetengah orang tak perasan, sebenarnya sedang berbadan dua... yeahh!! yer macam saya... baru dikesan setelah kandungan menjangkau usia 2 bulan lebih... huhu... Jom kpd siapa2 yang turut mengalami perasaan seperti saya cuba baca ini:-

Antara tanda-tanda awal kehamilan
1) Lewat datang period; tapi kalau stress pun boleh lewat datang period jugak
2) Sakit pada bahagian ari2 mungkin terasa kejap2 kalau berpanjangan maybe sakit lain plak, sila check yerk
3) Rasa loya dan muntah; pantang silap bau mmg tak bolehhhhhhhh--> ini Saya, sgt2 lah benci pada bau tumis!!
4) Selera makan bertambah2,mungkin jugak--> pada awal2 mmg saya sgt kuat mkn!
5) Hilang selera makan,rasa tak boleh nak makan apa pun so terpaksa la makan buah--> ini bila dah tau pregnant!
6) Suhu badan meningkat, rasa macam nak demam tapi tak demam--> yer betul!!
7) Selalu rasa nak kencing
8) Payudara jadi sensitif--> sangat sakit!
9) Rasa lemah longlai badan--> sure, pagi yang aktif tapi malam yang lemah..
10) Sakit pinggang

**Agak2 ada tanda2 ni bolehlah buat urine test yaa!

Paling penting jika merancang untuk mengandung, kita jaga pemakanan

-kurangkan minum ais
-makan makanan berkhasiat,kalau boleh takyah la makan fast food
-jangan minum air bergas
-jangan makan jeruk
-jika merancang untuk hamil bolehlah makan asid forlic

// Selamat membaca :)

Jumaat, Jun 03, 2011

Alhamdullilah.. segala kepujian buat Allah.. Syukur di atas kurnian rezki ini...

Dia sudah ditiupkan roh! Subhanallah. Banyak KEINGINAN di luar jangkaan berlaku dalam beberapa minggu ini.Harap dapat meminimumkan rasa mual ni supaya boleh makan spt sedia kala..... maklum lah 1 minggu lepas, nafsu mkn langsung x ada... Cuba makan, tp x sedap itu kata mulut. Bila dah mkn, nak muntah. x kluar ape2 pun.. lantas terpikir... aik apakah ini??? dan.. mula ngadu kat b.. b cakap awak dh len la skang... huhu.. apa yang lenn??? kemdian x puas hati ty plak teman opis, mula la diaorang sbg doktor tak bertauliah.. huhu... sampai ada sorang ni terbawa-bawa ke mimpi... Then, diorang cakap sy ngandung... hahh??? owhh happynyer!!
ekceli, sy dah ‘hilang’ period sebulan++... huhu..

Mula rasa sakit2 badan.. & paling ketara terasa bila badan ni membesar dengan giat... huhu.... Kemdian memberanikan diri bli pregnancy test.. lama jugak kat dlm watson tu mencari, almaklum lah tak tau kat mana tmpat bnda alah tu di letak.. kah..kah... (klakar lak) nak ty malu.. at least, jumpa gak cari sdiri... hehe..

Yer bgun dr tidur, pepagi Jumaat Hari ni 3hb Jun 2011, dah slesai mandi, maka bermula la experiment sdr... hehe.. ikut sgala arahan dia.. dan tunggu...
Yerr lahhh... Benar, Kedua-dua line ada...hati mula berbunga2...
Ya Allah, Syukur Alhamdulillah... .
Selesai Solat Subuh & Solat Sunat Syukur, .. kejutkan b bangun... kemdian... bila bgtau dia,



Ya Allah... sukanya dia..

Kemudian Ke Klinik Sg. Besi, sbb dah tak bleh tahan sgt sakit badan ni.. Yer, En Doktor dah mengesahkan saya mengandung 7 minggu 5 hari... Alhamdulillah.. Doktor pulak yg xcited- smpat pesan supaya jg sebaiknya... suka sifat doktor yang baik tu... hik..hik... Thanks tuan doktor!

wow... so, patut la En b bilang sy dh lain ... ahakk.. ada makna upanya... cuma dia x brani cakap..
Bijak lahh, hanya seorang suami jer yang mengetahui tentag kelainan isteri dia kan.. hehe...

Paling dia happy sbb lagi 2 hari Birthday diaa... Wahh... suka sungoh2 dia... Sesungguhnya Hadiah yang paling Istimewa untuk abang.... love u sayang... :)

Terima Kasih Ya Allah...Di atas Kurniaan Rezki ini, sehinggalah Engkau Pinjamkan kebahagiaan ini pula kepadaku.. Semoga Kami Sentiasa beroleh keberkatan dariMu..... Aminn..

p/s doakan saya semoga dipermudahkan hendaknya... aminn.. :))

Khamis, Mac 24, 2011

:: Buat apa dengan Duit Mas Kawen..


Gambar hiasan  jerr.. masa sesi 'Ngenal' (org kelantan & Trgganu mmg ada majlis ni
utk mengenali saudara mara sebelah lelaki-sambil2 hulur duitt kat pengantin.. huhuuu...)

Errmm, korang beli pe atau plan nak beli pe erk?
Me actually.. kitorang kawen sama2 org Terengganu. Mas kawen adalah lbih tinggi jumlahnya daripada jumlah wang hantaran... haha.. nak tau sbb apa? Ntah la, adat kot. ekekekee.. kata my boss kebanyakan org2 kelantan terengganu hantaran nie hanyalah sebagai 'belanja hangus' jerk. Maksud 'belanja hangus' pula ialah pemberian duit dr pihak lelaki utk buat perbelanjaan kenduri kawen atau sbgnya. Ia terpulang pd pihak lelaki lah nak bg brapa pun.. But, tidak lah smpai membebankan. Hmm.. itu la adat kan.. itu adat kat tmpat sy.. :) Bagaimanapun, sesetengah tmpat atau sesetengah org, duit hantaran lebih tinggi dari mas kawen. Mungkin duit hantaran tu boleh digunakan untuk majlis kenduri ..maklumlah skrg nie kos utk wat majlis kenduri kawen sgt2 lah tinggi.. hmm mcm sy ari tu biasa2 pun 6k abes utk pihak saya.. itupun kira murah sbb org kg yang masak. kalau ambil katering, maunya berbelas ribu abess.. hehehh... Ermm, x kesah la kan mana2 pun. Ikut pada perbincangan keluarga, mana yg terbaik kan.. Lgpun pun, Sy pernah dgr Ustazah penceramah dalam Semanis Kurma cakap; Mas kawen rendah lebih baik.. sbbnya ia tidak bersifat menyusahkan pasangan itu utk berkahwin.. Haaa... istimewa tuu.. lagipun Tuhan tak nyatakan pun jumlah wajib mas kawen brapa kan.. tapi skrg maskawen dah ikut negeri daa.. Cuma Kelantan dan Terengganu x tepat jumlahnya.. tu sbb kebanyakan perempuan Kelantan Terengganu mendapat mas kawen beribu.. huhuu...alamkk byk celitaa plakk.. :*

Bagi sy.. duit mas kawen ni special sangat.. tamo la guna untuk bayar hutang kahwin ke, untuk perbelanjaan kenduri ke, apa ker..(Alhamdulillah I manage not to berhutang except ngan gambar yg memang term payment nya camtu.. byran deposit dulu then da siap br byr yg balance). tp.. tak dpt album lagi nii..x ciap lg, adeii ;(  Encik Pokcik Azmie cepat laa siap dehh.. :P
And to ensure that it always valuable.. beli la yellow gold.. white gold have no value after dah beli.. but yellow gold is something that have market value.. My boss nicely told me that she did that and never regret.. during that time.. she bought them for price like 3k plus je.. and now it turn to like 20k.. after like 10 years of marriage.. see.. 1 gram is RM157 sekarang.. compare to dulu yang tak sampai hundred pon. Sangat2 lah BerBaloii-baloii..

Mas kawen sy??.. tak la banyak.. it just I converted to gold.. Like what I always wish.. So, sy minat dengan Bracelet. A simple Bracelet.. :) Sy suke sgt2.. I always dream of my mas kawen converted to gold Bracelet :) But my sister suruh sy beli necklace tapi sy da ada, beli masa mula2 dapat kerja & trus simpan duit, x tau nak buat apa, terus my boss suruh sy beli necklace... erkk, tak payaa la necklace lg kan.. so, Sy beli la Bracelet sepasang.. heheh (2 ketul bracelet = sepasang = kesemua duit mas kawen) huhu... jdkannya sbg kenangan kita.. korang pun nanti mana2 yg nak kawen tu boleh ikot mcm saya.. ceewahh.. So guys.. boley la buat pelaburan Emas lepas neh!!
:))

Rabu, Mac 16, 2011

:: review Pelamin

Ump.. lately memang banyak sangat pelamin design yg chanteq2.. boleh pilih yang mane design korang suke.. Yg Penting, tentukan tema dulu... Ramai yg tanya ttg pelamin sy =) .. Sebenarnya ttg pelamin ni, SimpLe shj. Sy mintak empunyer butik pengantin tu Dsign kan dgn Idea sy.. wakakaka.. x pnah dBuat Pelanggan..  tapi Dia turutt jerkk...huhu.. hye!! I baik ngan tuan butik la.. haaa.. tak la sgt, tp akak ipar sy yg baik ngan dia... so boley la itu ini ngengada..hehehh.. Maksud sy, Idea sy ialah pada olahan warna. Pertama sy cakap dia- sy nak warna merah + Putih.. Kedua utk nampak "timbul", sy hanya nak pada bunga warna Merah yg lebih.. & Ketiga, Putih sy nak banyak pd tirai @ kain.. sbb dlm rumah sy gelap sikit, so boley la putih main peranan utk jd cerah.. tambah sikit hitam supaya x nampak pucat.. kemudian baju abg nak putih.. ermm ok jugakk, turut jerk dia... Alhamduillah, menjadi...huhu..
Majlis ni kat rumah bonda saya di kg... Dsign pelamin kt kg biasa la tak setanding Dsign Pelamin kat KL yg byk pilihan butik2 gah tuu sume... kemdian Regerr pun cantikk la.. tp ok la kan, Mahal ke, murah ker, Yg penting citarasa & pilihan warna itu yg menepati kesesuaian apa yg kt nak.. Dan tak lupa lah jumlah anggaran/ bajet kita pd pelamin...
Ok, Some pic for that day..



Ni la rupa pelamin kitorang.. SimpLe..

Time bersanding
 


Our Theme!! (klik nak tgk jelaS)
   
p/s saper yg nak tau harga pelamin & tempat mana tempahan ni , boley ty sy yer... =))
jgn malu, jgn segan. kita berkongsi okay..

Khamis, Mac 10, 2011

I Want to LET GOoo My COACH!!



Mau Let go Bag/ Wallet/ Wristlet & Swingpack... uhukk..uhukk.. (nangishh)

Sebenarnya.. sy dah lama nak tinggalkan ini.. tp napsu membeli nie menjadi2 ...
haishhh... bila Encik abang teguq.. MahsyaAllah.. nak wat ape la bag2 nie semua sheila oii... (bila dia panggil sheila tu mcm tak puas ati la tuhh- kalo tak panggil anja2... huhhuuhuu..)
awak sorang jerk pakai...
hahahaa.. nape x puas ati???
adeii.. ini la namanya napsu bangg... ermmm.. nak jual lahh.. jgn terjual Coach hantaran kawen plak.. hahaha.... mana bley juall Lah!!! jual yang x nak pakai jerkk..huhu..
Diam truss...
tp bila dipikiq, btol gakk bila ms aku nak pakai??? hari2 bw opis Baby Path jerkkk..ahakkk.. sebab suka la.. Coach ni sbb Suka & Sayangg gilerr2 nak pakai. TERlebihh sayang, takut hauss.. ahakk... ok la..ok la... sbb syg, terlalu syg.. dan sayang..sayang.. ok la, saya nak tinggalkan dah semua ni...

Lagipun lagi satu, saya kena beli benda lain yang lebih pentinggg.. dah kawen nie, suka barang2 dapur lakk.. ekekeke... wokehh.. nak jual murah2 niee,,,

Sila Lah Jamu Mata, mana la tau idaman kalbu anda jugak.. ;))

Coach Ali Signature Hobo

Code: Coach Ali Signature Hobo #13642
Signature print sateen with pearlized leather or metallic leather trim
Cutout charm and hangtag details
Inside zip pocket
Cellphone/multifunction pockets
Ring to clip an accessory or keyfob
Fabric lining
Zip-top closure
19” adjustable handle with 6 1/2” drop
15 (L) x 12 1/2 (H) x 3 1/2 (W)

Ini Coach PERTAMA saya!!! beli pada bulan 4 2010 dengan Harga Rm699.. murah kan?? hahahaa kalo kat butik maunya Rm890 kak..sbb murah sy beli, just byr taxx dr luar negara shj.. kalo kat butik tu, sewa butik lg owhh tu sbb mahal.. yess sudah semistinya.. OLIGINAL COACH okayy...sayangg la nie.. hehehh kalo ada orang nak tak per la...masih cantikk, langsung x terjejass "keanggunannya"..warna dia Mahogany/ (coklat tua) a'ahh, saya nak jual murah.. Rm 599 shj.... sudah pasti sape yang memakainya terserlah keanggunan bag ini!! dan Anda sgt Jelita!!!.. ekekekekee... ;))


btulll tak, jelita kan?? ahakk.. lawak ja.. just nak tunjuk panjang bag tu
bila pakai...ok!!


  






















Coach Brooke Leather Capacity Wristlet (Clutch wallet)
Inside small slip pocket.
Secured zippered top closure and fully lined satin fabric.
12 inch leather convertible wrist/demi strap with detachable dogleash clip
Approx. 8" x 4 1/2" x 1 1/2".
errmm..ini saya beli Rm349 pada bulan 5 2010 tahun lepas .. just pakai masa kenduri khawen kawan2 jerk.. so x selalu dipakai.. (sbb cayangg..) masih cantikk, langsung x terjejass "keanggunannya"..warna dia eggplant (purple tua) a'ahh saya nak jual murah2 jugak ni.. Rm 249 shj.... huhu... siapa yang gaya ala2 sempoii tu.. ahakkss, sgt suai dgn anda!!!

Coach Signature 'C' Pleated Swingpack Purse Bag

Signature pleated swingpack 
Signature Coach Khaki with brown leather trim
About 44" adjustable strap to carry over your shoulder or across your chest
Zip top closure with leather pull
One exterior open pocket
Fully lined in brown fabric
Measures approx. 9" (L) x 8" (H)
errmm..ini saya beli Rm499 pada bulan 8 tahun tahun lepas 2010.. just pakai masa g jalan2 n copink2 kat midvalley, jusco jerk..pastu x cilap ms g air kolam air panas bekelah...huhu..cayangg jugak nie..sangat gojess.."..warna dia khaki putih... saya nak jual murah2 nie.. Rm 399 shj.... tgk picture ni, sgt suai dgn org kecik molekk!!! SHANTIKK kan?? aummmm.. ;))




Okeh, kalo berminat.. kasi tau saja maa.... ini nombor talipun sy... 012-322 8560 (Sheila)
tak pun email bley gak shesyella@yahoo.com
Pembelian ini akan di pos Laju.--->>... zzhaazzzz pantasss sampai!!
okeh, bye!!!


Jumaat, Februari 25, 2011

Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu?

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak? huhu... Yerr betull!!

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Subhanallah..hebatnya Islam.
Artikel iluvislam.com

Bila Sang suami bercakap,
"abg xnak 'pelihara' orang yang tak smayang..
.. Sembahyang tu tiang agama, maka dari situ kukuhnya diri kita dr melakukan perkara mungkar, seterusnya memperkukuhkan hati & jiwa kita utk mengelak..."
alhamdulillah.. terima kaseh abg.. Sy selalu memperlengah, pun smpai meninggalkan.
"Kalau dah lupakan, tinggalkan, Bila masa awak ingat?"
hehehh.. baik la abg.. dan sejak bergelar Isteri, alhamdulillah bila balik awal dari ofiss, sy sndiri yg nak BERJAMAAH dgn abg, dan ber YAASIN sama2..
haa.. tp ribut lah bila smpai umah jerk terus ke dapur dulu masak.. namun smuanya okey.. Dah boley ikut rutin pun :))
.... harap2 Transformasi yang dibawa ini BERKEKALAN.. mana la tau selalu mcm ni suatu hr nanti da boley hafal, pun paling tidak sy nak baca dengan lancar bacaan 30 juzud dlm al-quran tuu -Alangkah bagusnya...  Insya Allah... Aminn..

Rabu, Februari 23, 2011

Presenting my husband :)


Alhamdulillah,dengan sekali lafaz,
tepat jam 12.00 pm,
pada hari sabtu, 05/02/2011,
aku sah sebagai isteri
Mohd Shaiful Lizan Mokhtar.

































...dengar khutbah. tengok, khushukk sunggoh..



alhamdulillah.
alhamdulillah.
alhamdulillah.

sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang,
bila kita berkasih sayang kerana Dia...

Rabu, Februari 16, 2011

Alhamdulillah...

Selepas 11 hari bergelar isteri, barulah ade masa nak blogging semula.. tapi sebelum tu, prepare utk wedding aritu pun gilerr la, langsung x smpat nk buka blog.. kah..kah... kija opis yang bertimbun.. siut btoll lahh.. tapi tak per, bukan itu yang diusulkan.. yang dikisah nyerr skarang,, Alhamdulillah syukur pada Qada' & Qadar Mu Ya Allah, sesungguhnya aku telah ditemukan Jodoh yg cukup sempurna buat diri ini. KU panjatkan Doa, moga Kebahagian ini berpanjangan dalam menempuh kehidupan yang penuh berliku kelak, titiskan kaseh sayang ini buat selama-lamanya... InsyaAllah... aminn...

Haaa... thattaraaa...mula la skang curik tulang agi..pun tgh bekerja ni.. tapi smpat curik masa b'blog sat... errmmm ramai ungguh org duk ty gambar tawen.. aduiii nanti dulu dey.. baru pah nyawo.. maklumlah Penat weyy dah kawen neh... Yang pertama Penat Kenduri di Rumah Bonda, kemudian Penat Kenduri di Rumah Mertua lak.. aduii.. tak cukup penat tu Skarang penat Pindah umah fulakkk... makkngaii gilerrr sampai 3 buah umah aku kemas!!! tapi tak pe laaa nak wat camana da itu yang perlu dibuat!!! jadi Itu lah masalahnya takderk masa nak uplode gambar agi...heheh... tapi just show cikit lu ekkk..... okeh Enjoy!!!