AniQ SufyaN

Lilypie First Birthday tickers

Jumaat, Julai 20, 2012

Selamat Menyambut RAMADHAN AL-MUBARAK



Assalammualaikum
Selamat Menyambut bulan Ramadan Al Mubarak dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa buat semua sanak saudara, teman-teman dan pengunjung tidak kira dimana berada. Semoga semuanya sihat sejahtera dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya dan pentingnya sentiasa beroleh keberkatan dari Allah S.W.T dalam setiap apa jua yang dilaksanakan.

Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda:
Ertinya: Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya

Tahun ini saya akan berpuasa sebagai seorang Ibu dikala AniQ berusia 6 Bulan. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi masih diberi pinjaman dunia ni untuk menemui lagi bulan yang mulia di samping insan-insan tersayang. Doa saya semoga sentiasa Kuat & Tabah mengharungi kehidupan ini sebagai seorang Anak, Isteri & seorang ibu.. insyaAllah Amin..
Mohon maaf juga andai ada salah bicara terkasar bahasa dari saya selama ini. Moga Ramadan tahun ini dipenuhi sebaiknya dan penuh bermakna..... insyaAllah..





Salam sayang buat semua...


Isnin, Julai 16, 2012

saya EMOSI!

Benarlah hati & naluri seorang ibu mampu merasai apa jua situasi anaknya walaupun ianya berjauhan seketika dari depan mata tp ia dekat di hati ibunya... hmmm.

Entry kali ni agak Emosional skit dgn prangai 'orang'... huuuuuu, bukan untuk mengata yg bukan-bukan yer, tapi... kalo diluah mungkin sedikit reda prasaan ni..

hmmm...
Setiap kali hantar aniQ, tak pernah disambutnya dari tangan ke tangan. Dikala sampai rumahnya, DIA hanya duduk bersama kopi / nescafe/ minumannya di tangan sambil melayan tv! Aku? masih berdukung anak bersama bekalan susu & bag pakaian anak di tangan (bayangkan- susah kan). dan aku masuk, AKU YANG LETAK ANAK di tilam kekabu tu. Belum sempat bangun melangkah keluar dari situ, anak menangis. -bagaikan faham sy akan meninggalkan dia. Sungguh tak sampai hati, ambil anak pangku lagi... redakan hati kecilnya. "Mama x tinggalkan awak lama-lama b, Mama kerja". Ini yg cuba aku sampaikan supaya anak faham.  TAPI masih DIA buat2 tak tau... arggggghhh.. geram!

hanya mampu berdoa;
"Ya Allah, Engkau lindungi anak kecil ni dari sebarang kecelakaan. Lindungi dia, Sambutlah dia, dan Elakkan dia dari kesakitan. Moga Engkaulah yang Penyayang, Engkau lindungilah dia.." aminnn.

Dan saya sudah nampak 2 bulan terakhir ni, DIA macam x minat lg nk jaga Aniq. Perkara ni dah diiusulkan pd keluarga sy (biarpun mereka x pernah jumpe BS aniQ) namun kata mereka kalo kasih sayang tu tak timbul mcm mana bley jg budak? hmm, yer mak, btul lah sesuatu kerja tu kita kena suka dl, baru lah kita sayang.. hmmm.. Setelah bersetuju, maka bulan ni adalah bulan terakhir Aniq di bawah jagaannya. Sunggoh, sisa bulan ni pun x rela nak bagi die jaga lagi. Tapi sy masih bersangka baik sebab tiada perkara buruk yg berlaku pada Aniq 'lg' (Alhamdulillah).

Ikut fahaman sy, selepas kejadian aniq digigit anaknya tempoh hari, beransur-ansur perubahan pd dirinya. Perubahan seakan-akan x suka, & x gemar bersembang ttg hal aniQ dgn sy lg. Hal aniQ kena gigit tempoh hari x mengapa lagi, wpun Kamu tidak memohon maaf pada aku, tawakal pd Allah shj & nasib baiklah aniq kuat dan sakitnya x berlarutan walaupun sedikit bengkak kesan digigit. SO, nampakkan X MINTA MAAF PUN, maka WUJUDKAH perasaan kasih sayang itu yg lahirkah dari hatinya? hmm... sy rasa x perlu lagi kot sy perlukan perkhidmatannya.. Demi anak, sy habis kan cuti yg berbaki demi jaga anak sendiri. Biarlah tolak cuti kerja di pejabat tu, sy percaya rezeki tetap ada di mana-mana pun. it's ok what, stakat ni masih diberi percayaan buat kad kawin orang.. haaa, best jugak amik cuti- duk-umah-wat freelance.. Sambil jaga anak!  anak pun suke! heheee. Opsss tercerite len plak dah. heheee tersasau dr crite N3. huhuuu...

Hmmm tu la kan ~~ alahai anak. Kesian anak hy tuhan yg tahu perasaan neh.. Insyaallah rezki aniQ akan dijaga Maklong pada bulan depan... reda sikit hati ni org tua yg jaga... dan Insyaallah bila aniq dah setahun mama hantar aniQ taska pula yer... Belajar membaca, mengira, melukis dan berkawan2 di sana eey... untuk bulan depan nanti maklong akan jaga aniq, temankan maklong mengajar mengaji kawan-kawan di sana yer....  insyaAllah....



my son Dikala 4 Bulan & 5 Bulan...



haiii... saya la AniQ!




"ini gaya saya". :p (at 6 Bulan)




6 bulan- "Rambut pacak sendiri selepas bangun tidur
" Apakah? yer jawapannya adalah
penangan Goku Dragon Ball
budak abah selalu layan cartoon ni
sepanjang mama preggy.. adeiiiii...