Daisypath Anniversary tickers

AniQ SufyaN

Lilypie First Birthday tickers

Jumaat, Februari 25, 2011

Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu?

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak? huhu... Yerr betull!!

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Subhanallah..hebatnya Islam.
Artikel iluvislam.com

Bila Sang suami bercakap,
"abg xnak 'pelihara' orang yang tak smayang..
.. Sembahyang tu tiang agama, maka dari situ kukuhnya diri kita dr melakukan perkara mungkar, seterusnya memperkukuhkan hati & jiwa kita utk mengelak..."
alhamdulillah.. terima kaseh abg.. Sy selalu memperlengah, pun smpai meninggalkan.
"Kalau dah lupakan, tinggalkan, Bila masa awak ingat?"
hehehh.. baik la abg.. dan sejak bergelar Isteri, alhamdulillah bila balik awal dari ofiss, sy sndiri yg nak BERJAMAAH dgn abg, dan ber YAASIN sama2..
haa.. tp ribut lah bila smpai umah jerk terus ke dapur dulu masak.. namun smuanya okey.. Dah boley ikut rutin pun :))
.... harap2 Transformasi yang dibawa ini BERKEKALAN.. mana la tau selalu mcm ni suatu hr nanti da boley hafal, pun paling tidak sy nak baca dengan lancar bacaan 30 juzud dlm al-quran tuu -Alangkah bagusnya...  Insya Allah... Aminn..

Rabu, Februari 23, 2011

Presenting my husband :)


Alhamdulillah,dengan sekali lafaz,
tepat jam 12.00 pm,
pada hari sabtu, 05/02/2011,
aku sah sebagai isteri
Mohd Shaiful Lizan Mokhtar.

































...dengar khutbah. tengok, khushukk sunggoh..



alhamdulillah.
alhamdulillah.
alhamdulillah.

sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang,
bila kita berkasih sayang kerana Dia...

Rabu, Februari 16, 2011

Alhamdulillah...

Selepas 11 hari bergelar isteri, barulah ade masa nak blogging semula.. tapi sebelum tu, prepare utk wedding aritu pun gilerr la, langsung x smpat nk buka blog.. kah..kah... kija opis yang bertimbun.. siut btoll lahh.. tapi tak per, bukan itu yang diusulkan.. yang dikisah nyerr skarang,, Alhamdulillah syukur pada Qada' & Qadar Mu Ya Allah, sesungguhnya aku telah ditemukan Jodoh yg cukup sempurna buat diri ini. KU panjatkan Doa, moga Kebahagian ini berpanjangan dalam menempuh kehidupan yang penuh berliku kelak, titiskan kaseh sayang ini buat selama-lamanya... InsyaAllah... aminn...

Haaa... thattaraaa...mula la skang curik tulang agi..pun tgh bekerja ni.. tapi smpat curik masa b'blog sat... errmmm ramai ungguh org duk ty gambar tawen.. aduiii nanti dulu dey.. baru pah nyawo.. maklumlah Penat weyy dah kawen neh... Yang pertama Penat Kenduri di Rumah Bonda, kemudian Penat Kenduri di Rumah Mertua lak.. aduii.. tak cukup penat tu Skarang penat Pindah umah fulakkk... makkngaii gilerrr sampai 3 buah umah aku kemas!!! tapi tak pe laaa nak wat camana da itu yang perlu dibuat!!! jadi Itu lah masalahnya takderk masa nak uplode gambar agi...heheh... tapi just show cikit lu ekkk..... okeh Enjoy!!!