Daisypath Anniversary tickers

AniQ SufyaN

Lilypie First Birthday tickers

Khamis, Jun 16, 2011

Amalan Ketika Hamil

Petua Memudahkan Bersalin
a) Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh
kehamilan.
b) Hampir bersalin amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus.
c) Amalkan minum air lebihan suami.
d) Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.
e) Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat.
f) Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.
g) Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.
h) Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.
i) Minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.
j) Bagi kulit bayi yang putih/ bersih - amalkan makan buah epal dan minum susu. Selain meminum air soya.

Rabu, Jun 15, 2011

Video kehamilan

Tanda-tanda awal mengandung :)

Sesetengah orang tak perasan, sebenarnya sedang berbadan dua... yeahh!! yer macam saya... baru dikesan setelah kandungan menjangkau usia 2 bulan lebih... huhu... Jom kpd siapa2 yang turut mengalami perasaan seperti saya cuba baca ini:-

Antara tanda-tanda awal kehamilan
1) Lewat datang period; tapi kalau stress pun boleh lewat datang period jugak
2) Sakit pada bahagian ari2 mungkin terasa kejap2 kalau berpanjangan maybe sakit lain plak, sila check yerk
3) Rasa loya dan muntah; pantang silap bau mmg tak bolehhhhhhhh--> ini Saya, sgt2 lah benci pada bau tumis!!
4) Selera makan bertambah2,mungkin jugak--> pada awal2 mmg saya sgt kuat mkn!
5) Hilang selera makan,rasa tak boleh nak makan apa pun so terpaksa la makan buah--> ini bila dah tau pregnant!
6) Suhu badan meningkat, rasa macam nak demam tapi tak demam--> yer betul!!
7) Selalu rasa nak kencing
8) Payudara jadi sensitif--> sangat sakit!
9) Rasa lemah longlai badan--> sure, pagi yang aktif tapi malam yang lemah..
10) Sakit pinggang

**Agak2 ada tanda2 ni bolehlah buat urine test yaa!

Paling penting jika merancang untuk mengandung, kita jaga pemakanan

-kurangkan minum ais
-makan makanan berkhasiat,kalau boleh takyah la makan fast food
-jangan minum air bergas
-jangan makan jeruk
-jika merancang untuk hamil bolehlah makan asid forlic

// Selamat membaca :)

Jumaat, Jun 03, 2011

Alhamdullilah.. segala kepujian buat Allah.. Syukur di atas kurnian rezki ini...

Dia sudah ditiupkan roh! Subhanallah. Banyak KEINGINAN di luar jangkaan berlaku dalam beberapa minggu ini.Harap dapat meminimumkan rasa mual ni supaya boleh makan spt sedia kala..... maklum lah 1 minggu lepas, nafsu mkn langsung x ada... Cuba makan, tp x sedap itu kata mulut. Bila dah mkn, nak muntah. x kluar ape2 pun.. lantas terpikir... aik apakah ini??? dan.. mula ngadu kat b.. b cakap awak dh len la skang... huhu.. apa yang lenn??? kemdian x puas hati ty plak teman opis, mula la diaorang sbg doktor tak bertauliah.. huhu... sampai ada sorang ni terbawa-bawa ke mimpi... Then, diorang cakap sy ngandung... hahh??? owhh happynyer!!
ekceli, sy dah ‘hilang’ period sebulan++... huhu..

Mula rasa sakit2 badan.. & paling ketara terasa bila badan ni membesar dengan giat... huhu.... Kemdian memberanikan diri bli pregnancy test.. lama jugak kat dlm watson tu mencari, almaklum lah tak tau kat mana tmpat bnda alah tu di letak.. kah..kah... (klakar lak) nak ty malu.. at least, jumpa gak cari sdiri... hehe..

Yer bgun dr tidur, pepagi Jumaat Hari ni 3hb Jun 2011, dah slesai mandi, maka bermula la experiment sdr... hehe.. ikut sgala arahan dia.. dan tunggu...
Yerr lahhh... Benar, Kedua-dua line ada...hati mula berbunga2...
Ya Allah, Syukur Alhamdulillah... .
Selesai Solat Subuh & Solat Sunat Syukur, .. kejutkan b bangun... kemdian... bila bgtau dia,



Ya Allah... sukanya dia..

Kemudian Ke Klinik Sg. Besi, sbb dah tak bleh tahan sgt sakit badan ni.. Yer, En Doktor dah mengesahkan saya mengandung 7 minggu 5 hari... Alhamdulillah.. Doktor pulak yg xcited- smpat pesan supaya jg sebaiknya... suka sifat doktor yang baik tu... hik..hik... Thanks tuan doktor!

wow... so, patut la En b bilang sy dh lain ... ahakk.. ada makna upanya... cuma dia x brani cakap..
Bijak lahh, hanya seorang suami jer yang mengetahui tentag kelainan isteri dia kan.. hehe...

Paling dia happy sbb lagi 2 hari Birthday diaa... Wahh... suka sungoh2 dia... Sesungguhnya Hadiah yang paling Istimewa untuk abang.... love u sayang... :)

Terima Kasih Ya Allah...Di atas Kurniaan Rezki ini, sehinggalah Engkau Pinjamkan kebahagiaan ini pula kepadaku.. Semoga Kami Sentiasa beroleh keberkatan dariMu..... Aminn..

p/s doakan saya semoga dipermudahkan hendaknya... aminn.. :))