AniQ SufyaN

Lilypie First Birthday tickers

Jumaat, Mac 19, 2010

BERDIAM LEBIH BAIK

:: Kadang-kadang saya gembira dan kadang-kadang saya duka. Tak tau knapa perkara-perkara macam ni mesti akan berlaku pada saya. Sungguh payah untuk memahami diri sendiri apatah lagi untuk memahami orang lain.Mungkin saya banyak tersilap kata dalam persahabatan yang menyebabkan berlakunya banyak konflik yang agak menyakitkan. Saya cuba jadi yg terbaik walaupun saya tahu saya tak mampu. Mungkin saya banyak melakukan kesilapan tanpa sedar. Saya tak mampu untuk menggembirakan dan memahami mereka. Dalam hal ini, saya kalah. Apa pun sebagai manusia biasa saya mesti untuk kuatkan semangat dalam menghadapi perkara-perkara seperti ini.

:: Saya adalah antara golongan bawahan dalam satu organisasi di sebuah pejabat di mana tempat saya mencari rezeki. Saya tidak kisah dengan semua tu. Apa yang penting bagi saya adalah kesempurnaan yang  sudah saya miliki iaitu ilmu dan pengtahuan yang telah saya dipelajari selama 3 tahun ni untuk diguna dalam kerjaya saya. Walau bagaimanapun, Tuhan tu sangat Bijaksana. Bijaksana dalam membantu saya menganugerahkan idea-idea yang bagus dalam kerja saya. Walaupun saya di golongan bawahan, semua customer bos suka dengan hasil kerja saya. Alhamdulillah.... syukur.....

:: Apa yang membuatkan saya kurang yakin adalah dengan sikap seseorang, yang merupakan pekerja yang paling lama di pejabat tu. Oleh kerana dia paling lama di situ, sikapnya.. ntahlah malas nak cerita. Kerana sikapnya yang kurang enak itu bagi saya, Berdiam lebih baik. Namun kadang, mungkin time tu tengah dtg bulan, saya sound juga die..tp no direct sound. Cukup dengan keluhan yang BESAR sahaja. Pun ada juga KIASAN menarik haha.... tapi dengan bantuan sesama rakan lain. Bukan saya sahaja yang tidak menggemari sikapnya, malahan sesama kaumnya pun turut jg. Jadi saya x boleh nak cakap banyak tentang keluhan tu, Berdiam Lebih Baik.....

:: Pernah berlaku satu tragedi. berlaku dalam bulan Februari. Hari terakhir saya output (Proses untuk membuat plate sebelum ke proses cetak) so bila saya output akan 'dipusing'/ print dalam format pdf file.... Saya tak tau lah adakah betul atau tidak akan kejadian ni. Hari terakhir saya print pdf adalah waktu malam dalam lingkungan 7.00 malam dan saya habiskan kerja sampai 10 malam sebab buku yang akan dikeluarkan ni tersangat-sangatlah  egernt. So saya bersungguh-sungguh supaya pagi esoknya bley buat plate dan trus cetak. Tapi saya di khabarkan oleh Die bahawasanya saya punya Buku telah salah. Ya Allah, tuhan sahaja yang tau perasaan nih. Cari di cari mana yang salah, 6 page salah. Astagfirullah halazzim... macam mana boleh salah. cek balik dgn apa yang telah saya buat. memang saya dah buat betul. tapi kenapa macam ni salah. Setiap malam balik umah, fikir, fikir, dan fikir.... tak tahan nak pikir dah tanya Aida, "kenapa boleh Sheila salah macam ni, 4 tahun kerja x pernah macam ni salah...
~~~ Sheila siap kerja lingkungan pukul 10.00 malam
~~~ Pagi esoknya baru Sheila Burn Cd untuk org wat plate
~~~ Masa Sheila balik Die belum balik & hanya Die sahaja di opis pd malam tu
~~~ Adakah Die yang sesuatukan ke dalam komputer Sheila??

** Orang lain boleh buka komputer saya sebab tiada pasword
pesan aida, lain kali ingat kerja terakhir kita Save adalah pada pukul brapa. dan kedudukan plug/ mouse/ kusi dan macam2...

adehh, letih la nak ingat!!

Apa-pun Tuhan masih menolong saya. Buku yang salah tu dah siap. dan telah di hantar ke SMK Puteri Wilayah. Ya Allah, takutnya Cikgu marah, yakni customer bos, Bos pun turut marah saya... terserah pada Mu Ya Allah... Ameen...Ameen.... dan cikgu Call hp saya... "Sheila Terima kasih banyak2 sebab mampu siapkan dengan baik dan dak2 SPM dah amik magazine diorang, Terima kasih banyak2 yer". "Apa pun cikgu, ada salahhh dalam magazine tu cikgu". Tak mengapalah Sheila so k semua, cantik sangat".

DENGAN SENYUMAN YANG SELEBAR-LEBARNYA, sambil bersejenak :)
Allah tolong hambanya..... Alhamdulillah....
.....dan DIE sangat tak berpuas hati, masih dengan paelnya....Dengki. Ntah lah!! sampai bila la DIE nak macam tu....

:: Bukan niat saya untuk membenci, tapi bila hati, perasaan dah tak enak macam mana nak berhadapan dengan kerja lagi.. Ya Allah, tolong la hamba ini...kuatkan lagi semangat ini... Apapun pesan ibu ingat selalu "BIARLAH ORANG NAK BUAT JAHAT PADA KITA, ASALKAN KITA JANGAN BUAT JAHAT PADA ORANG". Tuhan tetap bersama dengan orang yang berhati mulia....

Untuk sahabat saya, saya minta maaf jika:

  • Saya tak dapat menggembirakan anda
  • Saya tak dapat memahami hati dan perasaan anda
  • Saya tak dapat memahami masalah anda
  • Saya selalu membuatkan anda marah
  • Saya ada menyakitkan hati anda tanpa sedar
  • Saya tak dpt memberi pendapat atau nasihat yg baik ketika anda memerlukannya
  • Mungkin saya penyebab sering berlakunya pertelingkahan sehingga membawa pergaduhan
  • Saya sudah hilangkan kepercayaan yg diberikan
 
Bukan sahaja saya mencari sahabat untuk suka-suka, tapi saya juga mencari sahabat yang mampu berkorban dalam persahabatan....
Kawan-kawan semua, Saya sayang kamu. Kamulah yang pernah menjadi sahabat saya...

Khamis, Mac 18, 2010

KISAH PERTAMA

:: Hari ni bertarikh 18 Mac 2010 adalah hari istimewa sempena kami mula berchinta bermulanya 18 Mac 2004..wahh.. sudah menjangkau 6 tahun.. errr macam x cayer jerkk. tapi itu la sejarah kami.. sunggoh cayang dengan tarikh tu...

:: Sebenarnya bermulanya sy bertemu dengan my om, hehe... nak cerita kerr... (tapi namanya blog sheilashaifulnyercherita) so cerita la... Saya mula bertemu om ketika saya ke bengkel Automotif sbb ms tu papanda (En Yusoff) nak jumpa kami pasal common subjek, so dak2 printing di gabung ngan dak2 auto untuk ikuti subjek asas bagi melengkapkan lagi diploma kami. Bermula di situlah the senior auto tu duk berkirim2 salam. saya x knal punn siapa.. tp dah org kim salam slalu terdetik nak kenal saper lah orang tuh!! tp x juga knal.. nak di jadikan cherita, kami dak2 printing telah dijemput untuk ke konvokesyen dak2 senior bagi memenuhi kusi, hehe.. x tau lah. so dak2 auto pun sama kena ikut skali tmasuk senior n junior. Kat putrajaya sana la baru sy kenal dia.. hehe.. (malu dpan nak jumpa). Kemudian bila dah slesai sume majlis, kami pun balik la ILP.. mana tau malam tu.. my hp 'diketuk' bunyi!! Adehh camanama die bley dapat lak my phone no!! x moh layan agi.. sms x yah kira la... tp 1 pun sy x layan.. ksian...

:: Mana tau pagi esok, rupanya dia nak bagi sy apple, hehe... klakar. Sy lak pasan orang nak ngoratt hehe... ok wat jual Mahal sehh! terketar-ketar nak bagi sy apple tau, huhu.. suka tengok (i ingat laee u). dari situ saya mula tengok muka die btul2. x encem pun tp suka tgk muka yang malu tu... huhu..


:: Lepas pada tu mula la ber sms.. nak jumpa/ kluar kami x berduit sgt, maklumlah study laee kan... kami just ber sms jerkk. kmudian mana tau my birth 18 Jan dia ajak kuar. Ingat agi ari sabtu kami p jalan2 KL. Dapat hariah tau... Suker.. :)) huhu sampe skang hariah tu chanteqq d jaga.. tq skali lae Om...

:: Kami kawan 3 bulan jer... mana tau 18 Mac 2004 hehe... dier say " Saya kan La, bley tak nak jadik BF awak". haha... simple n direct tuh!! dan sy x jwb per just diam jerk... tp malam tu sy sms dier hehe... sweetnya awak tadi, x malu ker!!! mana tau dia jawab "eleh kalau diam tu bley la kot!! seh pasan tuhh. dan sy akui, saya nak kawan ngan awak baik2 okey...

:: Huhu...  wenti dulu ekk nati cambung agi yerr!! bubui....