AniQ SufyaN

Lilypie First Birthday tickers

Jumaat, Julai 08, 2011

Persediaanku... Sebagai Ibu (Part 1)

Salam semua *Smile*

Alhamdulillah Syukur kerana Allah Tuhanku telah mengurniakan nikmat hidup yang sempurna sejak bergelar isteri.. Rezki dan Kebahagian ini semua datang dariMu, Alhamdulilah... Alhamdulillah, aku juga dikurniakan keluarga yang sangat sempurna... Untuk Ibuku.. sesungguhnya anakmu sgt merinduimu.. InsyaAllah sebelum puasa anakanda cuba dapatkan cuti balik kampung yer.. Untuk Ibu mertua, tiba2 rindu mak, mak slalu tanya keadaan La stiap kali telefon abang... untuk pengetahuan mak, La dah tak muntah2 sangat lagi da.. sekarang dah biasa2 dah.. InsyaAllah balik jumpa mak juga... (tiba-tiba sayu hati ni... huhu..)

okey, takderk apa yg nak dikongsi, sekadar ttg persediaan aku untuk menempuhi alam keibuan.. InsyaAllah..
Alhamdulillah, usia kandungan sudah menjangkau 3 bulan.. tetapi masih dalam keadaan 'pening2 lalat' heheh... ketidakbiasaan sebenarnya.. walauapapun, org disayangi sentiasa mendampingi.. so dapatlah meminimumkan rasa2 loya.. my husband suka buat lawak tak kira masa, haha.. so bila ktawa hilang lah 'pening2 lalat' nii...

Jom berbalik pada tajuk Entry sy.. Tahukah anda, sy sekarang sedang mendalami Ilmu Penyusuan Ibu ;) jadi apa2 yang sy tahu dan faham tentang breastfeeding ini, moga2 perkongsian Ilmu ini turut membantu anda juga dalam dunia susu ibu nanti ataupun yang terutama sekali untuk first-time-mom (mcm saya)hehe...

Menyusukan bayi anda sendiri dengan air susu anda sendiri adalah satu keinginan yang FITRAH. Jika anda adalah seorang yang benar-benar menginginkan yang TERBAIK buat darah daging anda, maka inilah jawapannya. kita sendiri pun tahu kan akan khasiat susu ibu ni yang tiada tandingannya sebab ini adalah kurniaan Tuhan yang Semulajadi untuk kaum hawa. jadi, berusahalah mencari ilmu2 penyusuan ini sebanyak yang mungkin sebelum melahirkan anak. Di majalah, Internet, bacalah ilmu ini sebanyak yang mungkin.

Ini lah Persediaan PERTAMA-KELENGKAPAN BRESTFEEDING untuk saya menempuhi alam keibuan nanti...

Pelaburan yang menguntungkan.. Yer, sy sekarang sedang mengumpul "dana" untuk membeli
FEEDING BOTTLE & TEAT, STORAGE BOTTLES, BREAST PUMP, STERILISER, & COOLER BAG. "kumpul dana" bunyinyer mcm mahal kan.. huhu.. kalo dulu dana untuk melaram pada diri sendiri dapat pula beli kasut mahal2, hand bag coach, baju brandet. Tapi keperluan wajib untuk anak knp tidak.. :P InsyaAllah dapat... so Walaupun barang2 keperluan untuk breastfeeding pada mulanya memerlukan kos yg agak mahal, tapi ia adalah sangat berbaloi untuk pelaburan akan datang...sebab tak payah beli susu formula pada setiap bulan & sudah semestinya khasiat yang terjamin...  Antara barang2 yang akan WAJIB saya dapatkan ialah:-
**Peruntukan  lebih kurang RM1500

MEDELA : PP Breastmilk storage bottle 150ml x 3
harga : RM69.00 (yg ni kena beli banyak2)
Philips Avent:PES Feeding Bottle (260ml/9oz) x2
harga : RM68.00


 
MEDELA : Swing Electric Breast pump
 harga : RM700.00

 
Philips Avent : Express Electric Steam Steriliser (3Pin)
harga : RM279.00


 


 



   


  

Stylo Mama Cooler A
harga : RM60.00



Sebenarnya pilihan untuk menyusukan anak dengan susu ibu adalah bergantung pada ibu itu sendiri. Pilihan adalah jelas. Hanya Mahu atau tidak sahaja. okey... next time saya chelita Persedian Breastfeeding untuk ibu yang bekerja seperti saye fulak yer.... ;) kat sini nanti sy akan cerita dari "A sampai Z " pulak tentang
CARA BETUL MENYIMPAN STOK SUSU BADAN, CARA MEMANASKAN SUSU BADAN UNTUK DIBERI PADA BABY, DAN KETAHANAN SUSU ITU SENDIRI JIKA ANAK TIDAK ABEH MINUM :p..

ok daa...