Daisypath Anniversary tickers

AniQ SufyaN

Lilypie First Birthday tickers

Ahad, Januari 13, 2013

Secalit Coretan Untuk Anakku- Happy 1st Birthday sayang..

Assalamualaikum & Syukur Alhamdulillah diatas segala Nikmat yang telah Engkau Kurniakan. Masih dipanjangkan umur, Dimurahkan Rezeki yang tiada batasnya serta Kesihatan yang baik walaupun sering diserang sakit2; apapun itulah, Begitu Indah segala Kejadian yang telah engkau aturkan. Segala apa yang telah berlalu, itulah yang telah direncanakan disitulah hikmahnya setiap kejadian.. Dia juga telah merancangkan sesuautu untuk tahun ini juga... Apapun saya akan hadapi walaupun manis, pahit atau apa-apa sahaja. Terima Kasih Allah kerana memberi saya kekuatan dalam apa sahaja keadaan. :)

Salam Tahun baru untuk semua... (agak terlambat diucapkan) heeeee...

Sungguh Indah buat saya harini Jumaat, bersamaan 11 Januari 2013 merupakan Hari Ulang Tahun Pertama Kelahiran Aniq Sufyan Bin Mohd Shaiful Lizan.. Ya Allah, bagaikan tidak percaya, Aniq Sufyan sudah pun berumur Setahun. Sungguh cepat masa berlalu. Masih Ingat, 10hb Januari tahun lepas saya dimasukkan wad untuk bersalin. Jam 8.30 pagi saya dimasukkan LR yang hanya pada 'bukaan' pertama 2cm sahaja.. Pertama kali masuk LR buat saya takut dan fikir bermacam-macam... Pertama kali masuk, belum berjaya lagi Misinya. Sehinggalah pukul 4 petang barulah pada dibukaan 4cm. Ya Allah, betapa sakitnya pinggang; sakitnya tidak sama, sesekali sakit yang diselang seli dengan buang air besar.. Sakit pinggang yang memulas-mulas dan Sakit yang langsung x bley baring.. Bangun, duduk & berjalan dengan perut yang mengeras-ngeras turun ke bawah... Husssshhhh,  Pengalaman memang tidak akan lupa dalam ingatan... Dari situ saya rasa kenal betapa sakitnya bersalin ni.. Dan Sampailah jam 3.00 a.m bukaan pada 7cm... pada ketika ni juga bermulanya Sakit Sesakit Sakitnya segala tulang temulang belakang pinggang. Mulut tidak pernah lekang dengan bacaan ayat Suci Al-quran. Saya tidak ambil sebarang ubat penahan sakit, malah hanya satu orang shj dalam Labour Roam. Suami masih dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terengganu. Kekuatan Mental sangat teruji di situ. Mujurlah pada jam 8.20 pagi (sempat tengok jam yg mmgnya ada depan mata) seorang jururawat datang berbual sambil urut pinggang, Ya Allah, ada juga insan yang baik menemani saya, mengosok pinggang... Mak diluar jangan kata lah mmg x senang duduk. Mak x bley masuk. jadi jururawat tadi adalah orang perantaraan mak... heeeeee
Dan... tepat jam 9.15 saya di gegas dengan 4 orang jururawat berkerumun katil yang mengatakan sudah pun 'keluar kepala' Ya Allah, dalam otak Aku dah nak bersalin ke??. (Tak rasa pulak keluar, hanya sakit pinggang yang memulas sahaja) Jururawat mmg baik hati, mungin rezeki saya sbb xder suami disisi sekarang jadi tuhan hantar jururawat yang baik untuk saya.. mengajar cara2 ikut step pernafasan yang ditentukan... macam tak percaya juga... masa push, mmg x sakit.. sebanyak 3 kali saya push, bby kluar tepat jam 9.30 Pagi... Dan nurse bagitau "hai mama, saya lelaki..." hmmmm Ya Allah, terbayang Family dan Suami... Ya Allah, Syukur Alhamdulillah, Selamat...

Kini, Amanah Allah yang dilahirkan itu sudah pun berumur Setahun harini. Sepanjang menjaga die, pelbagai cabaran yang ditempuh... termasuklah pada 20 hari terakhir dalam pantang, tangisan yang sukar diredakan... Juga Cabaran dari umur 3 bulan sehingga 10 bulan yang selalu diserang Demam dan Selsema.. Di situ Banyak mengajar Kesabaran yang tinggi dalam kehidupan baru ni... Terima Kasih Ya Allah, pada umur 11-12 bulan Aniq sudah mula mendapat akal. Apa yang mama cakap seakan difahami, biarpun dengan bahasanya sendiri, wujudnya tindak balas di situ.. Terima Kasih tidak terhingga Ya Allah, demi amanah ini aku akan berusah mendidik menjadi yang soleh sepertimana yang telah engkau Syariatkan....

Mama & Abah berdoa dan memohon kepada ALLAH S.W.T Agar anak yang mama sayang ini, sentiasa di beri kesihatan yang baik, minda yang cerdas serta menjadi anak yang solleh & berjasa kelak... amin....