Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang
dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak
memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si
ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu
akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang
menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust
dgn hormon yg dihasilkan. Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust
sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby,
kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah
payudara, maka susu yg terhasil banyak(walaupun tak sebanyak semasa berpantang).
Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah
:
1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi
menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.
2. Susukan bayi pada
kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting
setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan
susu.
3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan
sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk
merangsang penghasilan susu
4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu
menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang
kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan.
Dapatkan rehat yang secukupnya.
5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan
lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2,
air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila
baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan
mengurangkan penghasilan susu pada ibu.
6. Penghasilan susu juga boleh
terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh
melakukan perkara-perkara berikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan
Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam)
sepanjang hari.
• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
•
Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.
7. Amalkan surah
Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil
menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.
8. Petua
masyarakat kita:
* Cekur Manis
Cekur
manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk
membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal
pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. - Portal herba
melur.com
* Kacang Tanah
Kacang tanah mengandungi
protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan
fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi
dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi.
Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan
mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah
terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua
ini
* Air Longan
Longan kering biasanya boleh
dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang
telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam
perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan
jiwa.)
* Halba dan Jintan Hitam
Terdapat beberapa
jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan.
Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau
pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup.
Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks
ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit.
Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil
untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba
* Bunga
Melur
Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak
digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat
india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air
susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling
payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan
bayi.
Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun
bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada
payudara. - melur.comLobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda
menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi
susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral.
Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik. -
soupqueen.blogspot.com
* Lobak Putih
Tidak perlu
dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang
kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau
tambah hirisan bawang beserta garam.
* Pucuk
Betik
Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan
susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa
helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua
hingga tiga kali sehari.
* Tuaman Daun Sirih
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian
layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan
setiap hari sehingga susu badan anda banyak
* Jantung
Pisang
Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga
berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu
badan... Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat
gulai masak lemak cili api.
* Makanan Tinggi
CLA
Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated
linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam
susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan
kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan
pengurangan risiko sakit jantung.
Dalam kajian yang didedahkan dalam
Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut
diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding
ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap
tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas
ini.
Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam
makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging
(ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan
kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement
komersial.
* Kurma
Unsur zat besi dan kalsium
yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk
susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan
memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu
*
Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu
1.
Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
2. Jambu batu – makan
begitu sahaja.
3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng
atau sup.
4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau
goreng.
5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan
sebelum dimasak.
6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan
pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
7. Red raspberry leaves –
suplemen dari farmasi
8. Barli – air atau bubur barli.
9. Pucuk manis –
masak lemak bersama ubi keledek.
10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau
jus.
11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
12. Air
soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
13. Air horlicks
14.
Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd
anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. - Kalau taknak
tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)
15. Teh
hijau jepun
16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan
sebagainya.
17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi
dan membantu penghasilan susu.
18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa
gula. Minum air dan kacangnye sekali.
19. Ubat homeopati.
Petikan
dari: Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung
Selasa, Jun 26, 2012
Khamis, Jun 07, 2012
AniQ Di usia 3 bulan
Ekceli, pada usia 3 bula ni baru nak bawa aniQ jalan-jalan... tapi jalan2 pun just byk ms duk dlm keta jer. Risau nak bw jalan jauh; maklumlah kecil lagi- nak letak dlm stroller (duk tegak-alas bantal blakang) tu mmg x brani. huhuuu... pun ada try pakai bby carrier, skali x mau duduk... so sudahnya pangku atas lengan... & sangat lah lenguh... See abah dokong tu ;)
AniQ ni kalo nak mandi, bila buka baju & nak pakaikan baju Sukeeeee sgt!!. x tau lah nape... mungkin suka sbb buka pampers & pakai pampers baru kot... hahaaaa
Dah mula tau nak pusing kiri kanan masa umur 3 bulan ni. ada tu sampai nangis sorang2 sbb marah diri sendiri x bley nak pusing... heheee.. belum berjaya meniarap sepenuhnya lagi.. :(
tp x per, bb aniQ cuba lagi k! chayokk b!!
ok tu jer... ;)
My fav pictures :)
![]() |
abah control lenguh. :D |
![]() |
baru lepas mandi, herdung kembang sbb segar bugar ;) |
![]() |
cubaan meniarap! |
tp x per, bb aniQ cuba lagi k! chayokk b!!
ok tu jer... ;)
My fav pictures :)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
![]() |
sembang ape ntah... |
![]() |
mama & abah ♥ aniQ sangat-sangat... |
Label:
my BABY ^AniQ SufyaN^
Selasa, Jun 05, 2012
Hurbby Birthday.. 28th
Alhamdulillah.. hari ni bersamaan tahun ke-2 perkahwinan kita, ulang tahun kelahiran abang,
Allah panjangkan usia abang.. Allah tambahkan rezeki kita melimpah ruah (syukur), & Allah kurniakan kebahagiaan kita tanpa hadnya..
Semoga Kita Sekeluarga disamping keRedhaan Allah selalu...
.. dan Doa saya juga.. dengan kehadiran si kecil Amanah Allah ini, menambahkan lagi keserian keluarga kita.. InsyaAllah.. amin...
"Wahai Suami sy yg terbaik, tahun lepas kita sambut berdua, bersama pregnancy test positif di tangan. Tahun ni, Alhamdulillah hasilnya sudah berada di pangkuan kita...
Happy 28th birthday abang... Doa dan ketaatan saya sebagai isteri sentiasa untuk awak hingga ke Jannah. I love you my Imam, so much. ♥ "
Terimalah antara hadiah Istimewa ini untuk awak... satu2nya hadiah yang bermakna, sbb setiap hari awak sayang, peluk & cium die tanpa jemu... :D
Happy Birthday abah...,
Bersama kita membina keluarga yg indah,
Agar kebahagiaan kita kekal ke syurga Allah,
InsyaAllah & Alhamdulilah,
Syukran Ya Allah ♥
Allah panjangkan usia abang.. Allah tambahkan rezeki kita melimpah ruah (syukur), & Allah kurniakan kebahagiaan kita tanpa hadnya..
Semoga Kita Sekeluarga disamping keRedhaan Allah selalu...
.. dan Doa saya juga.. dengan kehadiran si kecil Amanah Allah ini, menambahkan lagi keserian keluarga kita.. InsyaAllah.. amin...
"Wahai Suami sy yg terbaik, tahun lepas kita sambut berdua, bersama pregnancy test positif di tangan. Tahun ni, Alhamdulillah hasilnya sudah berada di pangkuan kita...
Happy 28th birthday abang... Doa dan ketaatan saya sebagai isteri sentiasa untuk awak hingga ke Jannah. I love you my Imam, so much. ♥ "
![]() |
mama sayang abah, mama sayang aniq ♥ |
![]() |
My ncem son and my gagah pekasa suami.. HEHE.. |
Bersama kita membina keluarga yg indah,
Agar kebahagiaan kita kekal ke syurga Allah,
InsyaAllah & Alhamdulilah,
Syukran Ya Allah ♥
Label:
♥ Chinta ♥♥,
Birthday
Langgan:
Catatan (Atom)