Assalamualaikum & Syukur Alhamdulillah diatas segala Nikmat yang telah Engkau Kurniakan. Masih dipanjangkan umur, Dimurahkan Rezeki yang tiada batasnya serta Kesihatan yang baik walaupun sering diserang sakit2; apapun itulah, Begitu Indah segala Kejadian yang telah engkau aturkan. Segala apa yang telah berlalu, itulah yang telah direncanakan disitulah hikmahnya setiap kejadian.. Dia juga telah merancangkan sesuautu untuk tahun ini juga... Apapun saya akan hadapi walaupun manis, pahit atau apa-apa sahaja. Terima Kasih Allah kerana memberi saya kekuatan dalam apa sahaja keadaan. :)
Salam Tahun baru untuk semua... (agak terlambat diucapkan) heeeee...
Sungguh Indah buat saya harini Jumaat, bersamaan 11 Januari 2013 merupakan Hari Ulang Tahun Pertama Kelahiran Aniq Sufyan Bin Mohd Shaiful Lizan.. Ya Allah, bagaikan tidak percaya, Aniq Sufyan sudah pun berumur Setahun. Sungguh cepat masa berlalu. Masih Ingat, 10hb Januari tahun lepas saya dimasukkan wad untuk bersalin. Jam 8.30 pagi saya dimasukkan LR yang hanya pada 'bukaan' pertama 2cm sahaja.. Pertama kali masuk LR buat saya takut dan fikir bermacam-macam... Pertama kali masuk, belum berjaya lagi Misinya. Sehinggalah pukul 4 petang barulah pada dibukaan 4cm. Ya Allah, betapa sakitnya pinggang; sakitnya tidak sama, sesekali sakit yang diselang seli dengan buang air besar.. Sakit pinggang yang memulas-mulas dan Sakit yang langsung x bley baring.. Bangun, duduk & berjalan dengan perut yang mengeras-ngeras turun ke bawah... Husssshhhh, Pengalaman memang tidak akan lupa dalam ingatan... Dari situ saya rasa kenal betapa sakitnya bersalin ni.. Dan Sampailah jam 3.00 a.m bukaan pada 7cm... pada ketika ni juga bermulanya Sakit Sesakit Sakitnya segala tulang temulang belakang pinggang. Mulut tidak pernah lekang dengan bacaan ayat Suci Al-quran. Saya tidak ambil sebarang ubat penahan sakit, malah hanya satu orang shj dalam Labour Roam. Suami masih dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terengganu. Kekuatan Mental sangat teruji di situ. Mujurlah pada jam 8.20 pagi (sempat tengok jam yg mmgnya ada depan mata) seorang jururawat datang berbual sambil urut pinggang, Ya Allah, ada juga insan yang baik menemani saya, mengosok pinggang... Mak diluar jangan kata lah mmg x senang duduk. Mak x bley masuk. jadi jururawat tadi adalah orang perantaraan mak... heeeeee
Dan... tepat jam 9.15 saya di gegas dengan 4 orang jururawat berkerumun katil yang mengatakan sudah pun 'keluar kepala' Ya Allah, dalam otak Aku dah nak bersalin ke??. (Tak rasa pulak keluar, hanya sakit pinggang yang memulas sahaja) Jururawat mmg baik hati, mungin rezeki saya sbb xder suami disisi sekarang jadi tuhan hantar jururawat yang baik untuk saya.. mengajar cara2 ikut step pernafasan yang ditentukan... macam tak percaya juga... masa push, mmg x sakit.. sebanyak 3 kali saya push, bby kluar tepat jam 9.30 Pagi... Dan nurse bagitau "hai mama, saya lelaki..." hmmmm Ya Allah, terbayang Family dan Suami... Ya Allah, Syukur Alhamdulillah, Selamat...
Kini, Amanah Allah yang dilahirkan itu sudah pun berumur Setahun harini. Sepanjang menjaga die, pelbagai cabaran yang ditempuh... termasuklah pada 20 hari terakhir dalam pantang, tangisan yang sukar diredakan... Juga Cabaran dari umur 3 bulan sehingga 10 bulan yang selalu diserang Demam dan Selsema.. Di situ Banyak mengajar Kesabaran yang tinggi dalam kehidupan baru ni... Terima Kasih Ya Allah, pada umur 11-12 bulan Aniq sudah mula mendapat akal. Apa yang mama cakap seakan difahami, biarpun dengan bahasanya sendiri, wujudnya tindak balas di situ.. Terima Kasih tidak terhingga Ya Allah, demi amanah ini aku akan berusah mendidik menjadi yang soleh sepertimana yang telah engkau Syariatkan....
Mama & Abah berdoa dan memohon kepada ALLAH S.W.T Agar anak yang mama sayang ini, sentiasa di beri kesihatan yang baik, minda yang cerdas serta menjadi anak yang solleh & berjasa kelak... amin....
Ahad, Januari 13, 2013
Ahad, September 23, 2012
Pencarian Tote Idaman
Hehee.. tak tahan tajuk Entry neh!
Ekceli sy tengah cari Tote la.... Maklumlah dah ada anak ni sgala bagai nk isi dalam bag ni... so kena la cari Tote yang 'terbesar'... =)
Hmmm.... stakat ni, Tote jenis cap 'jurulatih' jugak yang diminatnya!! hohooo....
okeh, sesape yang penah nampak tote Coach (19565) Signature Beach Tote ~Light Khaki/Gold
ni kat mana-mana blog bgtau sy eh kat mana bley dapat, dengan reger berpatutan la keyh... hik..hik..
Thanks!

YANG INI LERRRR....Simple + cantik + Besaq!!! |
Hmmm.... stakat ni, Tote jenis cap 'jurulatih' jugak yang diminatnya!! hohooo....
okeh, sesape yang penah nampak tote Coach (19565) Signature Beach Tote ~Light Khaki/Gold
ni kat mana-mana blog bgtau sy eh kat mana bley dapat, dengan reger berpatutan la keyh... hik..hik..
Thanks!
uwwwaaaaaa... chantik nya!!! ;) |
Jumaat, September 21, 2012
AniQ Picture's 6-7 Bulan
Yang Terindah dalam dunia ni apabila dikurniakan zuriat sendiri Dan
mempunyai anak-anak Yang SOLLEH & SOLEHAH. Yakni; Inilah Saham Akhirat kita Kelak...
InsyaAllah, semoga DOA yang dimohon dalam setiap solatku Termakbul Untuk Mendidik Dia
Sebaik-baiknya sebagaimana yang telah disyariatkanMu...
Alhamdulillah, Aku Bersyukur akan semua Rezeki-rezeki Mu ya Allah...

Label:
my BABY ^AniQ SufyaN^
Selasa, September 04, 2012
Raya 2012 PICS!
Here are a few of our rays pic..
We celebrated Raya Pertama at my husband’s parents place in MARANG, Terengganu..
SNAP dulu...
sebelum abah & mama turun ke Masjid Sembahyang Raya.
Mood is ok lagi ....
tapii.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
balik ja dari sembahyang Raya, sekali lagi snap dengan abah....konon nak dapatkan picture handsome 2 barank ni, tapiii... tengok ja kelibat mama trus Mood Mengamuk!!! huhuuu...
mama tinggalkan aniQ dengan nenda sbb ma ikut abah p Sembahyang raya skali...
Yang x bestnya, Pada Hari Raya Pertama, my buah hati Demam. Mula2 sampai Kampung dari KL dah ada dah dmmnya, tapi bila mkn ubat mlm tu, Reda la hati ni dah kebah demamnya. Kemudian start ja p beraya umah maklong lepas balik dr Kubur, tiba2 suhu panas naik smula.
Yang perasan tu sbb die merengek2 serba x kena, semua angpau duit raya org bagi dicampaknya... huhuuu... mula la saye x senang hati... dan cepat2 balik rumah mandikan aniq, makan ubat, menyusu & tidurkan die... rehat.. maka kami x braya kmana2 dah lagi.. terimalah tetamu yg datang rumah ja...
:(
Esoknya barulah balik umah mak saye..
hmmm... okla jg sempat snap gambaq bersama... walaupun little AniQ x berbaju di hari Raya sbb panas...
o.k.. bye! nanti hupdate lagik yer... :D
Jumaat, Julai 20, 2012
Selamat Menyambut RAMADHAN AL-MUBARAK
Assalammualaikum
Selamat Menyambut bulan Ramadan Al Mubarak dan Selamat
Menunaikan Ibadah Puasa buat semua sanak saudara, teman-teman dan pengunjung
tidak kira dimana berada. Semoga semuanya sihat sejahtera dan
dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya dan pentingnya sentiasa beroleh keberkatan dari Allah S.W.T dalam
setiap apa jua yang dilaksanakan.
Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda:
Ertinya: Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang
diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan
dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan.
Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa
yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya
segala kebaikan untuk dirinya
Tahun ini saya akan berpuasa sebagai seorang Ibu dikala AniQ berusia 6 Bulan. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi masih diberi pinjaman dunia ni untuk menemui lagi bulan yang mulia di samping insan-insan tersayang. Doa saya semoga sentiasa Kuat & Tabah mengharungi kehidupan ini sebagai seorang Anak, Isteri & seorang ibu.. insyaAllah Amin..
Mohon maaf juga andai ada salah bicara terkasar bahasa dari saya selama ini. Moga
Ramadan tahun ini dipenuhi sebaiknya dan penuh bermakna..... insyaAllah..
Salam sayang buat semua...
Isnin, Julai 16, 2012
saya EMOSI!
Benarlah hati & naluri seorang ibu mampu merasai apa jua situasi anaknya walaupun ianya berjauhan seketika dari depan mata tp ia dekat di hati ibunya... hmmm.
Entry kali ni agak Emosional skit dgn prangai 'orang'... huuuuuu, bukan untuk mengata yg bukan-bukan yer, tapi... kalo diluah mungkin sedikit reda prasaan ni..
hmmm...
Setiap kali hantar aniQ, tak pernah disambutnya dari tangan ke tangan. Dikala sampai rumahnya, DIA hanya duduk bersama kopi / nescafe/ minumannya di tangan sambil melayan tv! Aku? masih berdukung anak bersama bekalan susu & bag pakaian anak di tangan (bayangkan- susah kan). dan aku masuk, AKU YANG LETAK ANAK di tilam kekabu tu. Belum sempat bangun melangkah keluar dari situ, anak menangis. -bagaikan faham sy akan meninggalkan dia. Sungguh tak sampai hati, ambil anak pangku lagi... redakan hati kecilnya. "Mama x tinggalkan awak lama-lama b, Mama kerja". Ini yg cuba aku sampaikan supaya anak faham. TAPI masih DIA buat2 tak tau... arggggghhh.. geram!
hanya mampu berdoa;
"Ya Allah, Engkau lindungi anak kecil ni dari sebarang kecelakaan. Lindungi dia, Sambutlah dia, dan Elakkan dia dari kesakitan. Moga Engkaulah yang Penyayang, Engkau lindungilah dia.." aminnn.
Dan saya sudah nampak 2 bulan terakhir ni, DIA macam x minat lg nk jaga Aniq. Perkara ni dah diiusulkan pd keluarga sy (biarpun mereka x pernah jumpe BS aniQ) namun kata mereka kalo kasih sayang tu tak timbul mcm mana bley jg budak? hmm, yer mak, btul lah sesuatu kerja tu kita kena suka dl, baru lah kita sayang.. hmmm.. Setelah bersetuju, maka bulan ni adalah bulan terakhir Aniq di bawah jagaannya. Sunggoh, sisa bulan ni pun x rela nak bagi die jaga lagi. Tapi sy masih bersangka baik sebab tiada perkara buruk yg berlaku pada Aniq 'lg' (Alhamdulillah).
Ikut fahaman sy, selepas kejadian aniq digigit anaknya tempoh hari, beransur-ansur perubahan pd dirinya. Perubahan seakan-akan x suka, & x gemar bersembang ttg hal aniQ dgn sy lg. Hal aniQ kena gigit tempoh hari x mengapa lagi, wpun Kamu tidak memohon maaf pada aku, tawakal pd Allah shj & nasib baiklah aniq kuat dan sakitnya x berlarutan walaupun sedikit bengkak kesan digigit. SO, nampakkan X MINTA MAAF PUN, maka WUJUDKAH perasaan kasih sayang itu yg lahirkah dari hatinya? hmm... sy rasa x perlu lagi kot sy perlukan perkhidmatannya.. Demi anak, sy habis kan cuti yg berbaki demi jaga anak sendiri. Biarlah tolak cuti kerja di pejabat tu, sy percaya rezeki tetap ada di mana-mana pun. it's ok what, stakat ni masih diberi percayaan buat kad kawin orang.. haaa, best jugak amik cuti- duk-umah-wat freelance.. Sambil jaga anak! anak pun suke! heheee. Opsss tercerite len plak dah. heheee tersasau dr crite N3. huhuuu...
Hmmm tu la kan ~~ alahai anak. Kesian anak hy tuhan yg tahu perasaan neh.. Insyaallah rezki aniQ akan dijaga Maklong pada bulan depan... reda sikit hati ni org tua yg jaga... dan Insyaallah bila aniq dah setahun mama hantar aniQ taska pula yer... Belajar membaca, mengira, melukis dan berkawan2 di sana eey... untuk bulan depan nanti maklong akan jaga aniq, temankan maklong mengajar mengaji kawan-kawan di sana yer.... insyaAllah....
my son Dikala 4 Bulan & 5 Bulan...

haiii... saya la AniQ! |
"ini gaya saya". :p (at 6 Bulan) |
6 bulan- "Rambut pacak sendiri selepas bangun tidur " Apakah? yer jawapannya adalah penangan Goku Dragon Ball budak abah selalu layan cartoon ni sepanjang mama preggy.. adeiiiii... |
Label:
:( cedey,
Bebel,
my BABY ^AniQ SufyaN^
Selasa, Jun 26, 2012
PETUA BAYAKKAN SUSU BADAN (InsyaAllah)
Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang
dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak
memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si
ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu
akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang
menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust
dgn hormon yg dihasilkan. Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust
sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby,
kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah
payudara, maka susu yg terhasil banyak(walaupun tak sebanyak semasa berpantang).
Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah
:
1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.
2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.
3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu
4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.
5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.
6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.
7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.
8. Petua masyarakat kita:
* Cekur Manis
Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. - Portal herba melur.com
* Kacang Tanah
Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini
* Air Longan
Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)
* Halba dan Jintan Hitam
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba
* Bunga Melur
Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.
Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. - melur.comLobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik. - soupqueen.blogspot.com
* Lobak Putih
Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.
* Pucuk Betik
Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
* Tuaman Daun Sirih
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak
* Jantung Pisang
Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan... Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.
* Makanan Tinggi CLA
Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.
Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.
Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.
* Kurma
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu
* Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu
1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan
sebelum dimasak.
6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
8. Barli – air atau bubur barli.
9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
13. Air horlicks
14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. - Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)
15. Teh hijau jepun
16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.
19. Ubat homeopati.
Petikan dari: Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung

Langgan:
Catatan (Atom)