AniQ SufyaN

Lilypie First Birthday tickers

Jumaat, Julai 20, 2012

Selamat Menyambut RAMADHAN AL-MUBARAK



Assalammualaikum
Selamat Menyambut bulan Ramadan Al Mubarak dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa buat semua sanak saudara, teman-teman dan pengunjung tidak kira dimana berada. Semoga semuanya sihat sejahtera dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya dan pentingnya sentiasa beroleh keberkatan dari Allah S.W.T dalam setiap apa jua yang dilaksanakan.

Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda:
Ertinya: Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya

Tahun ini saya akan berpuasa sebagai seorang Ibu dikala AniQ berusia 6 Bulan. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi masih diberi pinjaman dunia ni untuk menemui lagi bulan yang mulia di samping insan-insan tersayang. Doa saya semoga sentiasa Kuat & Tabah mengharungi kehidupan ini sebagai seorang Anak, Isteri & seorang ibu.. insyaAllah Amin..
Mohon maaf juga andai ada salah bicara terkasar bahasa dari saya selama ini. Moga Ramadan tahun ini dipenuhi sebaiknya dan penuh bermakna..... insyaAllah..





Salam sayang buat semua...


0 ulasan:

Catat Ulasan